Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Ucapan Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Simposium Kebangsaan 2024 (30.9.24) в хорошем качестве

Ucapan Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Simposium Kebangsaan 2024 (30.9.24) 4 дня назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Ucapan Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Simposium Kebangsaan 2024 (30.9.24)

Ketika meluncurkan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi ini, saya singgung pertikaian mengenai keberkesanan usaha pembasmian kemiskinan di negara ini sejak puluhan tahun lalu. Umpamanya Dasar Ekonomi Baru yang diluncurkan pada 1971 dengan inisiatif yang secara langsung membasmi kemiskinan dan menstruktur masyarakat. Namun tiga tahun kemudian tercetus peristiwa Baling di mana kelompok termiskin dalam negara bangun membantah berikutan pelaksanaannya dianggap tidak sampai pada maksudnya. Peristiwa ini harus menjadi kejutan dan tamparan untuk menyedarkan golongan elit penguasa, elit ekonomi, penjawat awam, masyarakat sivil dan peniaga bahawa dasar yang diputuskan harus menyantuni dan menyelesaikan masalah rakyat di akar umbi. Saya turut menegur wacana dan forum ekonomi anjuran pelbagai pihak yang jarang sekali membicarakan perihal permasalahan kemiskinan rakyat secara serius sedangkan ia amat mengesankan negara, khususnya golongan rentan yang dianggap tercicir dan terpinggir daripada arus pertumbuhan perdana. Terkadang pelaksanaan inisiatif membasmi kemiskinan itu tidak membantu memerdekakan rakyat miskin dari segi ekonomi, sebaliknya hanya cukup untuk mereka meneruskan hidup dan perlu terus bergantung kepada penguasa, sekali gus mewujudkan sindrom kebergantungan seperti yang diungkap tokoh ekonomi Samir Amin. Kerana itu Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang tidak sekadar tertumpu pada dana, sebaliknya memberi ruang untuk rakyat bekerja, membebaskan diri dari kancah kemiskinan dan tidak lagi bergantung pada bantuan. Saya turut bicarakan soal pengagihan subsidi yang perlu diteliti semula supaya lebih adil dan saksama, terutama dalam bidang pendidikan sama ada di sekolah mahupun universiti kerana kaedah agihan semasa lebih menguntungkan golongan kaya. Usaha merungkai masalah kemiskinan juga tidak semestinya hanya tertumpu pada soal ekonomi semata-mata, seperti mana pandangan Pendeta Za’ba yang mentafsirkan isu kemiskinan dari segi kemiskinan harta, kemiskinan ilmu dan kemiskinan budi pekerti. Saya yakin dan percaya Malaysia mampu bebas daripada kemiskinan tegar dalam masa yang singkat jika semua agensi yang memikul amanah besar ini berupaya merangka dasar yang lebih menyeluruh, di samping bermuhasabah bagi menghentikan kebocoran, ketirisan dan pembaziran.

Comments