Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Ucapan Anwar Ibrahim di Program Madani Rakyat 2024 Sarawakku Sayang di Miri (28.9.2024) в хорошем качестве

Ucapan Anwar Ibrahim di Program Madani Rakyat 2024 Sarawakku Sayang di Miri (28.9.2024) 5 дней назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Ucapan Anwar Ibrahim di Program Madani Rakyat 2024 Sarawakku Sayang di Miri (28.9.2024)

Saya menggunakan kesempatan hujung minggu yang lepas dengan mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Sarawak bagi menyantuni rakyat dan mendengar permasalahan penduduk di Miri dan Kapit. Saya mulakan dengan berkunjung ke Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang di Miri untuk bersama-sama ribuan rakyat pelbagai kaum yang memberikan sambutan luar biasa. Dalam amanat, saya tegaskan kepentingan meraikan kepelbagaian suku kaum, agama dan budaya di Malaysia dan merangkulnya sebagai satu kekuatan untuk melonjakkan ekonomi dan membela nasib rakyat, ketimbang mengamalkan politik pecah belah dan adu domba. Saya terkesan dengan perkongsian Premier Sarawak terkait persefahaman antara agama di sini, tatakala pengelola gereja sedia membuka ruang meletak kenderaan untuk kegunaan umat Islam pada hari Jumaat, dan demikian juga pihak masjid menyediakan ruang sama untuk penganut Kristian pada hari Ahad. Nilai persefahaman yang begitu berharga ini wajar diteladani penduduk dan pimpinan politik di Semenanjung dengan menganjurkan hubungan baik antara rakyat meski berbeza kaum dan agama demi keamanan, keadilan dan kesejahteraan kita bersama. Ini berbeza dengan sikap beberapa kumpulan yang kian terdesak di Semenanjung apabila sanggup menghasut bagi menimbulkan kebencian dan kegelisahan antara kaum, semata-mata mahu menenggelamkan prestasi Kerajaan mengembangkan ekonomi, mengukuhkan ringgit serta mengawal inflasi. Alhamdulillah, majoriti rakyat kekal memilih keamanan dan terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan bagi memastikan kestabilan politik yang berpanjangan. Ini juga menjadi tonggak utama pemulihan keyakinan pelabur kepada Malaysia, umpamanya Amazon Web Services (AWS) yang telah mengumumkan pelaburan berjumlah RM25.5 bilion, selain Google yang melabur sebanyak RM9.4 bilion di Malaysia. Di akhir majlis, saya sempat menyampaikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara terus kepada penerima di Miri yang tidak memiliki akaun bank, selain peruntukan SejaTi MADANI berjumlah hampir RM1 juta kepada 10 wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sarawak.

Comments