У нас вы можете посмотреть бесплатно Daripada Voxy atau Alphard Recond, Innova Zenix lebih padat dengan kemewahan dan teknologi canggih или скачать в максимальном доступном качестве, которое было загружено на ютуб. Для скачивания выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru
Toyota Innova Zenix mengalami terlalu banyak perubahan sehingga sukar kita nak percaya inilah Innova. Apapun dari segi rekabentuk luar yang nampak lebih segak dan serasi dengan gaya rekabentuk Toyota terkini. Dari depan grille baru yang kelihatan seperti model Corolla Cross yang sangat popular di pentas global sekarang. Walaupun rekabentuk dah berubah banyak, anjakan terbesar berlaku di bawah bonnet dimana dua punca kuasa ditawarkan. Innova Zenix 2.0 V (8-penumpang) dengan enjin petrol Dynamic Force 2 liter dan CVT, serta Innova Zenix 2.0 HEV (7-penumpang) dengan jentera hibrid elektrik Toyota (HEV). Penawaran dua jentera ini selari dengan pendekatan Toyota di Malaysia untuk berganjak kea rah neutral karbon melalui teknologi hybrid sementara menunggu perubahan lebih besar berlaku dari segi infrastruktur dan kerangka undang undang. Selain dari model Zenix, Toyota juga menawarkan Innova 2.0X dan 2.0G yang lebih praktikal dan mampu milik (dirujuk sebagai Innova CG) yang kini dipasang di Malaysia. Innova Zenix tidak lagi menggunakan kerangka tangga tetapi casis unibody atau monocoque TNGA yang menjanjikan peningkatan besar dari segi pemanduan dan kehalusan Bunyi, Gegaran dan Kekasaran atau NVH. Saya cukup gembira kerana model kali ini dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 3.0 yang meliputi lima teknologi teras • Pre-Collision System (PCS) • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) • Auto High Beam (AHB) • Lane Departure Alert (LDA) • Lane Tracing Assist (LTA) • Road Sign Assist (RSA)