Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Show terakhir Pelawak MAIDIN diuruskan OMARA Bhg 2 - Lagu Jenaka Irama Bollywood Katil Katil в хорошем качестве

Show terakhir Pelawak MAIDIN diuruskan OMARA Bhg 2 - Lagu Jenaka Irama Bollywood Katil Katil 3 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Show terakhir Pelawak MAIDIN diuruskan OMARA Bhg 2 - Lagu Jenaka Irama Bollywood Katil Katil

Bahagian ke 2 Lagu Jenaka Nyanyian Pelawak Maidin dalam persembahan terakhir yang diuruskan oleh Omar Hashim - OMARA. Lagu - Katil Katil dipetik dari filem hindi Chalte Chalte. Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang . Beliau mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampung. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai tentera (Askar Melayu) bermula ketika peristiwa berdarah 13 Mei sehingga 1976. Pak Tam juga pernah menyertai Bakat RTM dan menjadi juara pada tahun 1978 bersama Pak Hassan Putu Mayong dan Din Kachong. Semenjak itu Maidin mula menempa nama dan sering menjadi pelawak undangan Hiburan Minggu ini kelolaan RTM. Maidin atau mesra dengan panggilan Pak Tam atau Mamu yang dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada 1938 memulakan karier sebagai anak seni pada 1950 dengan menganggotai kumpulan boria di kampungnya. Ketika era persembahan pentas popular di seluruh pelosok negara, namanya dikenali menerusi gandingan bersama pelawak Pie dengan gaya lawak dialek utara. Gandingan Maidin dan Pie adalah antara duo komedi pentas paling mantap pernah dilahirkan sebelum kemunculan gabungan pelawak seperti Imuda dan Allahyarham Ahmad Busu, Jozan, Shiro dan Jambu. Pembabitan Allahyarham bukan setakat itu kerana turut aktif membintangi banyak drama dan filem. Maidin pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001. Selain berlakon drama, Maidin Ibrahim juga popular menerusi filem Hantu Siang, Anak Mami The MovieNana Tanjung Mami Jarum dan sitkom Salam Pantai Timur Konduktor Bas. Sepanjang kerjayanya, Maidin selalu digandingkan bersama pelawak, Pie dan mereka terkenal dengan 'lawak loghat utara' ketika membuat persembahan bersama. Beliau juga terkenal dengan album hijau kuning yang dicipta oleh Omara pada tahun 1991.Beliau digandingkan bersama Piee dan M.Shariff.Lagu2 yang dinyanyikan oleh beliau seperti hantu hantu,katil oh katil,jodoh depa,boria skim cepat kaya,muda kembali.Maidin,Piee dan M.Shariff dikenali sebagai The Three Stooge. Pak Maidin atau Pak Tam meninggalkan 5 orang anak dan 14 cucu yang berjaya di bidang pelajaran.

Comments