Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб LEGASI SEJARAH : PAK NGAH HAJI OMAR - PEJUANG MELAYU в хорошем качестве

LEGASI SEJARAH : PAK NGAH HAJI OMAR - PEJUANG MELAYU 7 дней назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



LEGASI SEJARAH : PAK NGAH HAJI OMAR - PEJUANG MELAYU

Haji Omar, seorang wira negara yang tidak didendangkan mula memperjuangkan kemerdekaan negara mengikut caranya sendiri. Pak Ngah Haji Omar, watak penting ini amat menyedari perjuangan tidak boleh dilakukan secara bersendirian atau secara berseorangan kerana segala tembok pemisah yang ada antara kaum perlu dirapatkan terlebih dahulu. Selagi ia tidak menghakis akidah dan budaya, penyatuan hidup dengan kaum lain amat diperlukan. Pak Ngah Haji Omar bergabung tenaga melalui kumpulan Silat Selendang Delima, beliau menyerang hendap musuh negara. Pak Ngah Haji Omar akhirnya menyertai parti politik SEBERKAS dan menjadi calon pilihan raya sehingga kemenangan yang diperoleh itu membolehkannya dilantik menjadi wakil rakyat untuk mewakili kawasannya. Pak Ngah Haji Omar juga mendapat kritikan dan teguran daripada Haji Hussin, abangnya. Sedikit Biodata dari facebook : Ilmuan Darulaman Haji Omar Salleh kelahiran Langgar, Alor Setar pada tahun 1908. Beliau belajar di Sekolah Melayu Langgar, sebelum ke Sekolah Agama Pak Wan Sulaiman di Alor Setar, kemudian Pondok Tok Kenali di Kelantan dan kembali ke Kedah 1928 serta menyambung pengajian di pondok Tok Janggut (Haji Ahmad Janggut) di Langgar. Ketika berumur 19 tahun , beliau dihantar mengaji di Darul Ulum, Mekah dan berguru dengan ramai ulama di sana. Ketika berumur 28 tahun beliau telah kembali ke Langgar dan menyambung pengajian di pondok Tok Janggut ( Hj Ahmad ). Bila beliau pulang dari Mekah dia mengajar di Raudhatul Ulum yang di taja pembangunan oleh bapanya Haji Salleh, pimpinan abangnya Hj Hussein. Beliau kemudian mendirikan sebuah Madrasah Al- Najah diatas tanah milik mentuanya di Kubang Lembu, Jitra. Beliau pun mula merintis pemodenan dalam pendidikan agama. Madrasah itu juga memiliki perpustakaan serta kemudahan untuk riadah. Beliau sendiri turut mengajar silat. Haji Omar juga aktif dalam SEBERKAS dan kemudian melalui UMNO turut terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Beliau telah menyertai pilihanraya pertama dan menjadi wakil rakyat kawasan Jitra- Padang Terap dan kemudian menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Haji Omar di anugerahi 10 orang anak daripada dua isterinya. Hasil didikan beliau kalangan anak beliau termasuk Prof Dato Dr Asmah, Prof Dato Dr Azizi dan Dato Dr Affifudin .Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 1 Julai 1965. #binanegara #deminegara #pejuangmelayu #wiranegara #demimalaysia #emanmanan #patriotik #dramamelayu2024 #telefilemmalaysia #melayu #pakngahhajiomar #demimelayu #sejarahmalaysia #sejarahmelayu #drama #penjajah #jitra #kedah #kedahdarulaman #kedahdahulu

Comments