Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео




Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



LANTAI SPC BERMASALAH BETUL KE?

LANTAI SPC BERMASALAH? BETUL KE? Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Dalam video kali ini Uncle Andrew akan membahaskan beberapa masalah umum yang mungkin terjadi pada lantai SPC dan bagaimana anda dapat mengatasinya. Pertama, masalah levelling Pemasangan lantai SPC disarankan pada lantai yang rata. Lantai yang bergerutu, retak atau pecah akan menimbulkan masalah kerana permukaan lantainya yang tidak rata. Jadi apa penyelesaiannya? Anda boleh tambahkan Underlayer Foam. Tapi pastikan permukaan lantai tiada masalah supaya anda tidak perlu keluarkan kos tambahan untuk membaikinya kelak. Pastikan anda ratakan dahulu permukaan lantai yang hendak dipasang SPC. Jangan pasang SPC pada permukaan yang basah. Di awal pemasangan mungkin anda tidak nampak masalah. Boleh jadi lepas 1 ke 2 bulan anda pakai, tiba-tiba timbul kesan air, gelombang, pecah dan melengkung. Bila dibuka semula SPC, rupa-rupanya, permukaan bawah basah. Walaupun permukaan SPC tahan air, ia tak bermakna 100% kalis air. Air dari bawah permukaan SPC, menyebabkan terjadinya kelembapan. Kelembapan ini, yang menjadi punca kotoran seperti pertumbuhan lumut atau kulat, dan akhirnya membuatkan SPC kita melengkung hingga pecah. Elakkan juga memasang SPC pada mozek yang berisiko untuk meletop. SPC hanya menumpang diatas permukaan, jika mozek tadi meletop, naik keatas, SPC juga kan turut ikut. Ianya tidak dapat menahan mozek yang meletop tadi. Jadi, tadi adalah antara punca-punca yang boleh membuatkan interlock antara SPC pecah, retak atau patah. Kedua, goresan dan cacat SPC agak manja kerana permukaannya tidak tahan tekanan, ia mudah rosak jika anda mengheret benda tajam atau berat pada permukaannya. Goresan dan cacat pada lantai SPC adalah masalah umum yang dapat disebabkan oleh benda tajam, perabot yang berat, atau benda-benda kasar. Untuk mengatasi masalah ini, Anda dapat melakukan langkah-langkah berikut: • Gunakan alas kaki atau pelindung mebel di bawah perabot untuk menghindari goresan. • Hindari menggeser benda-benda berat secara kasar di atas lantai. • Pertimbangkan penggunaan karpet atau pelindung lantai di area yang sering digunakan. Ketiga, masalah pemasangan Pemasangan yang salah adalah salah satu masalah umum dalam pemasangan lantai SPC. Ini dapat menyebabkan lantai tidak terkunci dengan baik dan dapat bergerak seiring waktu Oleh itu, ada perlu meninggalkan sedikit jarak semasa memasang SPC. Tetapi berapa jarak yang sesuai? Anda boleh tinggalkan jarak antara dinding dan SPC sebanyak 5mm-8mm, bergantung pada luas ruangan. Kalau anda mempunyai ruangan yang kecil, anda boleh tinggalkan 5mm – 6mm. Tetapi kalau ruangan anda besar dan luas anda boleh tinggalkan 8mm-1cm. Kerana bila ruangan besar dan luas papan SPC yang digunakan semestinya banyak. Kalau jarak kurang dari 8mm atau 5mm macam mana? Bila kurang, ini yang akan menyebabkan SPC mampat, dan boleh menyebabkan lantai SPC mengembang dan naik keatas kerana tiada ruang untuk bergerak dan akhirnya menjadi mampat dan pecah. Keempat, memilih produk yang betul Lantai SPC mempunyai ketebalan yang berbeza iaitu 4mm, 5mm dan 6.5mm. Ketebalan 4mm, 5mm dan 6.5mm hanya ketebalan SPC sahaja. Manakala PE Foam mempunyai ketebalan 1mm dan 2mm. Apa fungsi ketebalan ini tadi? Ketebalan lantai SPC mepengaruhi berbagai aspek penting dalam penggunaannya dan dimana anda hendak menggunakannya. 4mm-5mm disarankan untuk anda pasang di bilik tidur dan kediaman. Manakala untuk ketebalan 6.5mm, disarankan untuk dipasang dikawasan ‘Public area’ atau kegunaan commercial. Cara terbaik untuk menghindari atau mengatasi masalah yang Uncle Andrew ceritakan adalah dengan memastikan pemasangan dilakukan dengan betul oleh profesional yang berpengalaman. Pastikan juga anda memilih SPC yang berkualiti. Hal ini kerana, terdapat sesetengah supplier yang menjual SPC yang tidak berkualiti dan akibatnya kita sendiri terpaksa tanggung. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Comments