Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Bob Yusof - Zapin Tingkah Siltah | Sulur Nakasari Istana Budaya 2023 в хорошем качестве

Bob Yusof - Zapin Tingkah Siltah | Sulur Nakasari Istana Budaya 2023 6 месяцев назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Bob Yusof - Zapin Tingkah Siltah | Sulur Nakasari Istana Budaya 2023

Siltah’ adalah gabungan daripada perkataan ‘Silat’ dan ‘Latah’. Inspirasi tarian ini tercetus berdasarkan pada satu situasi di mana seorang anak muda lelaki bernama Salam yang dipanggil juga penduduk kampung setempat sebagai ‘Si Latah’ kerana mempunyai tabiat melatah. Bapanya merupakan seorang tokoh silat dan ingin mewariskan ilmu pertahanan diri kepada anaknya namun sedari kecil Salam lebih cenderung kepada seni gerak zafin atau al-zafn berbanding silat. Apabila dewasa, Salam kerap merantau ke seluruh pelusuk tempat untuk mempelajari zapin melayu. Apabila dipaksa bersilat, gerakkannya kelihatan kongkang dan tidak terkawal apatah lagi apabila dia disergah maka terserlah aksi latahnya. Ini tidak berlaku apabila dia berzapin, di mana langkahnya lebih tersusun walaupun dalam keadaan melatah. Aksinya itu sering menjadi bahan gurauan rakan-rakannya dan mereka turut mengajuk perbuatan Salam itu. Maka bermula dari situasi itu, selepas berlatih silat mereka akan berehat sambil belajar tarian zapin bersama Salam sebagai hiburan. Dari reaksi spontan melatah itulah maka tercetuslah ilham untuk Salam mengolah Tarian Zapin Siltah iaitu gabungan gerak zapin dengan citarasa silat dan tingkah latah. Secara keseluruhan penampilan dan ciri zapin melayu masih mendominasi penyampaiannya iaitu masih mengekalkan kiraan biasa tetapi diselitkan dengan aksi terkejut pada kiraan tertentu. Langkah kaki masih berstruktur zapin dan diolah berdasarkan asas tapak silat seperti ‘Tapak Menanti’ dan ‘Langkah Silat Sendeng’ manakala muzik pada dasar dan asasnya sama seperti muzik zapin melayu dengan adanya taksim, les, ragam, kopak dan wainab. Koreografer : Rudy De Luna Jr Komposer : Mohd Fikri Mohd Rahim

Comments