Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Hubungan Syeikh Soleh Al Ja'fari dengan Tarekat Al Muhammadiyah Al Sanusiyyah Al Idrisiyyah в хорошем качестве

Hubungan Syeikh Soleh Al Ja'fari dengan Tarekat Al Muhammadiyah Al Sanusiyyah Al Idrisiyyah 4 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Hubungan Syeikh Soleh Al Ja'fari dengan Tarekat Al Muhammadiyah Al Sanusiyyah Al Idrisiyyah

HUBUNGAN SYEIKH SOLEH AL JA'FARI DENGAN TAREKAT AL MUHAMMADIYYAH AL SANUSIYYAH AL IDRISIYYAH Beliau ialah Soleh bin Muhammad bin Soleh bin Muhammad bin Rifai’e yang bersambung keturunannya dengan Saiyidina Jaafar al Sadiq bin Muhammad al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Saidina Ali bin Abi Talib (suami Saidatina Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah ﷺ.) Beliau dilantik sebagai Imam Besar Jami' al Azhar dan menjawat jawatan tersebut selama lebih 50 tahun. Beliau juga dikenali sebagai "Syeikh Pengajian Jumaat" kerana mengadakan pengajian tafsir dan hadith di Jami' al Azhar selepas solat Jumaat sehingga masuk waktu 'Asar. Dr. Abdul Halim Mahmud yang merupakan Syeikh al Azhar pada ketika itu telah memberikan gelaran kepada beliau sebagai “Kiblat Ilmu” kerana ketinggian ilmunya. Syeikh Soleh al Ja'fari merupakan salah seorang Ikhwan Sanusi yang mana beliau telah berbaiah dan mengambil ijazah tarekat yang mulia ini daripada Raja Idris (Sayyid Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi). Ianya dapat dibuktikan daripada kenyataan Syeikh Soleh al Ja'fari dalam kitab beliau "Al Sirah al Nabawiyyah al Muhammadiyyah - al Maulid al Ja'fari " : وَقَدْ أَجَازَنِي السَّيِّدُ مُحَمَّدُ إِدْرِيسُ بِأَسَانِيدِهِ العَالِيَةِ المُتَّصِلَةِ السَّنِيَّةِ بِالقُرْآنِ العَظِيمِ، وَكُتُبِ الحَدِيثِ، وَأَوْرَادِهِ الطَّرِيقِ مِنْهُ إِلَى سَيِّدِي أَحْمَدَ بْنِ إِدْرِيسَ إِلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا رَسُولِ اللهِ " Sayyid Muhammad Idris telah mengijazahkan kepada saya al Quran yang mulia, kitab-kitab hadith dan wirid-wirid tarekat dengan sanad-sanad yang tinggi lagi mulia daripadanya berantaian sehingga Sayyid Ahmad Ibn Idris radiaallhu'anhu, sehingga kepada Sayyidina wa Maulana Rasulullah ﷺ." Di dalam karyanya yang lain, Syeikh Soleh al Ja'fari juga menisbahkan dirinya sebagai Ikhwan Sanusi yang disebut dalam muqaddimah kitab "Salsilah Turath al A'rif Billah Sayyidi al Syeikh Soleh al Ja'fari - Nasr Allah Bil Ilhamat al 'Alamiyyah ; فيقول العبد الفقير إلى ربه الكبير المتعال سيدي الإمام العارف بالله تعالى فضيلة الشيخ صالح بن محمد بن صالح الجعفري المالكي مذهبا، الأشعري عقيدة، الأحمدي الإدريسي السنوسي طريقة، الأزهري علما. قد من الله تعالى على بطبع هذه المناظرة التي وقعت بين شيخنا العارف بالله تعالى ذي العلم النفيس مولانا الشريف السيد أحمد بن إدريس رضي الله تعالى عنه و بين المناظرة من علماء اليمن. "Berkata hamba yang faqir kepada Tuhannya yang Maha Besar dan Maha Tinggi, Sayyidi al Imam al Arif Billah, Fadhilah al Syeikh Soleh ibn Muhammad ibn Soleh al Ja'fari, al Maliki pada mazhab, al Asy'ari pada akidah, al Ahmadi al Idrisi al Sanusi pada tarekat dan al Azhari pada ilmunya. Allah telah menganugerahkan kepada saya untuk mencetak perdebatan ini yang berlaku di antara Syeikhuna al Arif Billah, yang memiliki ilmu yang berharga, Maulana al Syarif al Sayyid Ahmad ibn Idris dengan ulama-ulama Yaman yang berdebat dengannya." Di dalam kitab beliau yang lain bertajuk "Al Ma'aani al Raqiqah 'ala al Durar al Daqiqah",Syeikh Soleh al Ja'fari menegaskan sebagaimana berikut : وأما مشايخي في الطريق والإسناد فقد ذكرتهم في كتاب (المنتقى النفيس) ومنهم السيد محمد إدريس المهدي السنوسي المتصل الإسناد بشيخنا الشريف بن إدريس رضي الله تعالى عنه. "Adapun guru-guru saya dalam tarekat dan isnad, saya telah menyebut nama-nama mereka dalam kitab (al Muntaqa al Nafis). Antaranya ialah Sayyid Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi yang bersambung sanadnya kepada syeikh kami, al Syarif (Yang Mulia) ibn Idris Radhiyallahu Taala 'Anhu. ------------------------- VIDEO LAMPIRAN ------------------------- Video ini pula merupakan rakaman suara Syeikh Soleh al Ja'fari berdoa semasa mengkhatamkan hadharah yang diadakan di anjung Masjid al Azhar. Doa tersebut mengandungi permohohan limpahan keredhaan Allah bagi keluarga Sadah Sanusiyyah dan dambaan Syeikh Soleh al Ja'fari agar menjadi orang yang mengasihi Sadah Sanusiyyah dan dikasihi oleh mereka serta dikurniakan keberkatan mereka.

Comments