Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб AMIR SI INOVATOR KECIL - ANIMASI (SEKOLAH RENDAH) | SABAH SCREEN FEST 2024 в хорошем качестве

AMIR SI INOVATOR KECIL - ANIMASI (SEKOLAH RENDAH) | SABAH SCREEN FEST 2024 1 день назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



AMIR SI INOVATOR KECIL - ANIMASI (SEKOLAH RENDAH) | SABAH SCREEN FEST 2024

Amir Si Inovator Kecil ialah animasi yang berkisarkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Amir yang tidak berminat akan subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) apatah lagi Topik Inovasi. Seperti biasa, guru RBT mereka akan memberikan tugasan melibatkan reka cipta dan suatu hari mereka diberikan satu tugasan dalam kumpulan untuk menghasilkan satu reka cipta untuk menyelesaikan masalah harian di sekolah. Dalam tugasan ini, Amir dan dua rakannya Farah dan Dani adalah satu kumpulan, dan kumpulan mereka mengambil keputusan untuk mencipta mesin sampah yang boleh mengasingkan jenis-jenis sampah. Mereka berusaha mencipta mesin tersebut dan apabila tiba masa untuk uji kaji, mesin mereka gagal berfungsi. Ini menyebabkan Amir sangat marah dan tidak suka akan inovasi kerana kegagalan ini membuatkan Amir berputus asa. Amir kemudian keluar meninggalkan rakan-rakannya dan tidak mahu terlibat dalam projek tersebut. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah mesin masa dan setelah menekannya tanpa sengaja, dia tiba di suatu dimensi yang lain yang mana sampah-sampah hasil manusia telah hidup dan mahu membawa Amir hidup bersama-sama mereka. Sampah-sampah tersebut menyalahkan Amir kerana tidak menyelesaikan projek kumpulan mereka. Amir ketakutan apabila dikejar oleh sampah tersebut. Nasib baik Amir dapat menemukan kembali mesin masa tersebut dan kembali ke tempat dan masa asal. Amir menyesal dan meminta maaf kepada rakannya kerana dia selalu mempunyai prasangka buruk terhadap inovasi dan mudah berputus asa. Namun, rakannya percaya akan Amir dan mengajak meneruskan perjuangan menyiapkan projek mereka dan akhirnya mesin mereka berjaya berfungsi dengan baik! Mesin mereka itu telah berjaya dan digunakan oleh ramai orang. Mesin tersebut juga memberi manfaat kepada alam sekitar apabila dapat mengurangkan jumlah sampah-sarap. Amir sedar bahawa dia perlu menerima realiti masa kini agar berinovasi serta tampil berani mencuba dan tidak mudah berputus asa. Inovasi juga bukan sekadar tugasan tetapi satu cara menyelesaikan masalah dalam komuniti.

Comments