Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео




Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Vlog: Misi Mencari Seafood Segar | Pusat Penjaja MPKS | Jambatan Samarahan|

Vlog: Misi Mencari Seafood Segar | Pusat Penjaja MPKS | Jambatan Samarahan| #Vlog#SeafoodSegar#PusatPenjajaMPKS#KotaSamarahan Kota Samarahan was once known as Muara Tuang which was at that time a small village in the area. The village was linked to Kuching by a road only in early 1970s. Before that, the only means of transport to the village was via the nearby river. Development in the small village accelerated with the construction of a 25-kilometre road linking Kota Samarahan to Kuching. References : https://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Sa... Pusat Penjaja Majlis Perbandaran Samarahan (MPKS) ini dibina berdekatan tiga kampung berjiran iaitu Kampung Rembus, Kampung Baru dan Kampung Tambey.Hanya mengambil masa kurang setengah jam perjalanan dari bandar raya Kuching. Pelbagai hasil tani, laut serta makanan dijual pada harga murah berbanding di kawasan lain. Paling penting, semuanya masih segar. Tidak cukup dengan itu, barangan jualan juga boleh dibeli secara borong, malah juga pada harga yang rendah – jika barangan jualan berlambak.Maka, tidak hairanlah ada kalangan pelanggan yang terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga. Pusat penjaja yang siap sepenuhnya pada 20 Jun 2019, setelah mula dibina pada 21 Disember 2018 ini turut memberikan impak cukup besar kepada peniaga.Walaupun baharu berusia setahun, dapat diperhatikan pusat penjaja ini dijadikan tempat bergantung harap sebagai punca pendapatan peniaga yang rata-rata berasal dari sekitar Samarahan. Salah seorang penjaja, Aminah Brahim ketika ditemui berkata, pusat penjaja itu telah memberikan kehidupan baharu kepadanya.“Saya menjual pelbagai jenis makanan. Antaranya bubur. Sejak pusat penjaja ini diwujudkan, kehidupan harian saya turut berubah. “Tidak seperti sebelum ini, jualan saya kini mendapat permintaan tinggi pelanggan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya. Jelasnya lagi, pendapatan harian yang diperoleh kini menceriakan keluarganya. “Semua ini kerana lokasi pusat penjaja ini begitu strategik iaitu berada di laluan utama pengguna jalan raya dari Kuching ke Miri dan sebaliknya,” tambahnya. Sementara itu, Bahtiar Bujang pula menyifatkan pusat penjaja itu sebagai syurga belibelah sejagat. “Rutin harian kami di sini bermula selepas tengah hari hingga lewat petang. Walaupun, tempoh masanya agak singkat, namun kehadiran pengunjung nyata luar biasa. “Kebanjiran pengunjung agak luar biasa pada hujung minggu berbanding hari biasa. Yang pasti, pendapatan kami begitu memuaskan,” jelas penjual sayur-sayuran itu.Busaman Abdullah pula memberitahu, pembukaan pusat jualan berkenaan memberikan kelebihan berganda kepada penjaja. “Pusat jualan ini menyediakan peluang kepada kami (peniaga) untuk memasarkan hasil tani dan laut kepada pengunjung. “Berniaga di sini sudah menjadi rutin harian kami untuk meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya. Jelasnya, kehidupannya dan keluarga ketara berubah sejak menjual hasil laut. Seterusnya Daud Danis bersyukur dengan kewujudan pusat jualan itu yang boleh disifatkan sebagai laluan emas yang menjadi lubuk rezeki dalam memasarkan segala hasil sama ada dari laut mahupun darat. References:https://suarasarawak.my/2020/07/27/la... memilih seafood,tips memilih udang,tips memilih cumi,tips memilih kerang,udang segar,kerang segar,cumi segar, Jika anda suka video saya, sila Subscribe, Share, dan komen cadangan untuk video seterusnya

Comments