Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб SENI BUDAYA DIGITAL : KEBAYA NYONYA MELAKA : BUDAYA, FESYEN DAN PENGARUH в хорошем качестве

SENI BUDAYA DIGITAL : KEBAYA NYONYA MELAKA : BUDAYA, FESYEN DAN PENGARUH 3 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



SENI BUDAYA DIGITAL : KEBAYA NYONYA MELAKA : BUDAYA, FESYEN DAN PENGARUH

Baju Kebaya Nyonya merupakan pakaian tradisional rakyat malaysia khususnya golongan Baba-Nyonya. Zaman itu juga merupakan zaman kegemilangan Peranakan Cina, sekumpulan kecil pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka. Budaya inilah yang telah melahirkan kebaya. Masyarakat Peranakan Cina yang bertapak di Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura membina kehidupan di sekitar kawasan di mana Britain mendirikan penempatan perdagangan mereka. Di sini, para pedagang Cina membina kediaman dan mengecap kemakmuran. Kaum lelaki masyarakat ini digelar Baba manakala kaum wanita dikenali sebagai Nyonya. Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya. Populariti perkembangan fesyen kebaya nyonya yang ternyata mendapat pengaruh hasil asimilasi budaya tempatan dan oriental. Kupasan akan menyentuh aspek sejarah, ciri-ciri serta bagaimana popularity fesyen ini yang berkembang mengikut zaman dan seterusnya menjadi fesyen budaya yang terus berkembang mengikut zaman. Saksikan perkongsian daripada Saudara Baba Cedric Tan, Persatuan Peranakan Baba Nyonya dalam temu bual yang diadakan. Terbitan : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka #jkkn #mysenibudaya #motac #senibudayadigital

Comments