Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео




Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Tips Cara-Cara Hibah Harta Secara Tepat Dan Betul

Masalah pembahagian pusaka merupakan satu isu yang kritikal kepada orang Islam. Sering terjadi perbalahan keluarga sehingga terputusnya silaturrahim akibat perebutan harta pusaka. Harta pusaka yang sepatutnya membawa berkah kini menjadi fitnah. Hibah merupakan salah satu instrumen yang dapat menyelesaikan masalah pembahagian pusaka. Dengan kaedah hibah, pemilik dapat merancang lebih awal siapakah yang lebih layak mewarisi hartanya. Lebih-lebih lagi jika terdapat waris yang masih kecil dan bergantung nasib kepada pemilik Akan tetapi, hibah adalah cabang ilmu yang sangat kompleks dan sukar difahami terutama capaian maklumat terhadap ilmu ini sangat kurang. Ramai dikalangan kita yang masih keliru perbezaan antara hibah, wasiat, faraid, pusaka dan amanah. Dalam video ini, diterangkan asas kepada sesiapa yang ingin mula merancang pewarisan harta menggunakan kaedah hibah. Hibah secara umumnya perlu memenuhi 2 keperluan iaitu keperluan dari sudut hukum agama (Syara') dan undang-undang (Syariah). Setiap keperluan ini terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi Tontoni video ini untuk penerangan lebih lanjut Maklumat lanjut, boleh hubungi : https://whatsform.com/hdycuo

Comments