Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб KETAATAN MALAIKAT | PENDIDIKAN ISLAM | TINGKATAN 2 | BIDANG AQIDAH | PELAJARAN 12 | в хорошем качестве

KETAATAN MALAIKAT | PENDIDIKAN ISLAM | TINGKATAN 2 | BIDANG AQIDAH | PELAJARAN 12 | 3 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



KETAATAN MALAIKAT | PENDIDIKAN ISLAM | TINGKATAN 2 | BIDANG AQIDAH | PELAJARAN 12 |

Video ini menjelaskan berkaitan maksud beriman kepada malaikat, nama-nama dan tugas malaikat, perbezaan antara malaikat dan manusia serta hikmah beriman dengan malaikat. Pautan soalan google-form: https://forms.gle/aSJK1iRpa6YiPLsN9 Maksud beriman kepada para malaikat: Yakin bahawa malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya. Mereka sentiasa mentaati perintah Allah dan tidak pernah melanggar laranganNya. Nama dan tugas Malaikat: JIBRIL Menyampaikan wahyu kepada para rasul MIKAIL Menguruskan rezeki, menurunkan hujan, menumbuhkan tanaman. ISRAFIL Meniup sangkakala. I’ZRAIL (malaikat maut) Mencabut nyawa semua makhluk yang bernyawa. MUNKAR & NAKIR Menyoal orang yang telah meninggal dunia. RAQIB Mencatat amalan baik manusia A’TID Mencatat amalan buruk manusia RIDHWAN Menjaga syurga. MALIK Menjaga neraka TUGAS LAIN MALAIKAT: Menanggung A’rasy Mendoakan kesejahteraan dan keampunan kepada orang Islam yang taat Bertasbih kepada Allah Menghamparkan sayap kepada orang yang menuntut ilmu. Membisikkan kebaikan ke hati manusia Dalil malaikat membisikkan kebaikan ke hati manusia.. Daripada Umamah al-Bahili.. Rasulullah SAW bersabda… Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat, penduduk langit dan bumi, sehingga semut dalam sarang dan ikan, semuanya mengajak manusia ke arah kebaikan. PERBEZAAN DARI ASPEK FIZIKAL: MANUSIA: 1. Dicipta daripada tanah (nabi Adam) dan air mani. 2. Berjantina 3. Tidak bersayap MALAIKAT: 1.Dicipta daripada cahaya . 2. Tidak berjantina 3. Bersayap. PERBEZAAN DARI ASPEK SIFAT: MANUSIA: 1. Bernafsu seperti kahwin. 2. Makan dan minum. 3. Mati. MALAIKAT: 1. Tidak bernafsu . 2. Tidak makan & minum. 3. Tidak mati hingga kiamat. PERBEZAAN DARI ASPEK TANGGUNGJAWAB: MANUSIA: 1. Ada yang taat, ada yang engkar perintah Allah. 2. Mendapat pahala dan dosa bagi setiap tindakan. MALAIKAT: 1.Sentiasa taat. 2.Menjalankan tanggungjawab tanpa balasan pahala. "Wahai orang beriman…peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh MALAIKAT yang keras kasar ( layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintah kepadanya. Mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.." SURAH AT-TAHRIM: (SURAH KE 66: AYAT 6) HIKMAH BERIMAN KEPADA MALAIKAT 1. Meningkatkan keimanan kepada Allah kerana menyedari kehebatan Allah menciptakan malaikat. 2. Menggalakkan seseorang memperbanyakkan amal soleh kerana yakin malaikat mencatat segala amalan baik. 3. Menambahkan rasa gerun untuk melakukan keburukan kerana yakin malaikat mencatat segala amalan buruk. 4. Membentuk peribadi muslim yang sejati kerana sentiasa taat perintah Allah.

Comments