Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Patin Tempoyak, Laksa Sarang & Rendang Tok Wajib Cuba di Kuala Kangsar в хорошем качестве

Patin Tempoyak, Laksa Sarang & Rendang Tok Wajib Cuba di Kuala Kangsar 6 месяцев назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Patin Tempoyak, Laksa Sarang & Rendang Tok Wajib Cuba di Kuala Kangsar

Gaya Travel bersama Tourism Perak nak bawa anda semua explore tempat makan menarik dan sedap yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan. Pada episod Moh ke Perak Yeop, kita akan ke Bandar Diraja di Perak iaitu Kuala Kangsar di mana sebuah daerah yang kaya dengan keunikan hasil tangan malah ada ‘port’ makan yang anda wajib cuba kalau datang ke sini! Kami mulakan hari dengan sarapan pagi di Rumah Makan Rendang Tok Yo'ep. Mereka terkenal dengan hidangan Set Talam Raya RM130.00. 📍Rumah Makan Rendang Tok Yo'ep 134, Jalan Taiping, Kampung Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar, Perak ⏰ Khamis - Selasa 8.00 pagi - 4.00 petang Untuk makan tengah hari, Rumah Atap Kuning menawarkan menu masakan tempatan yang dihidang dalam set talam manakala menu di sini berubah pada setiap minggu dengan harga RM150.00 untuk makan tiga atau empat orang. 📍 Rumah Atap Kuning Kuala Kangsar 33040 Kuala Kangsar, Perak ⏰ Jumaat - Ahad 11.00 pagi - 3.00 petang Sementara itu, untuk minum petang, Cendol Bangsawan berhampiran dengan Sungai Perak adalah tempat yang sesuai dengan pemandangan pekan Kuala Kangsar yang penuh dengan sejarah sambil menikmati laksa gandum RM6.00, cendol durian RM10.00 dan ais kepal mix 5 flavor RM5.00. 📍Cendol Bangsawan Jalan Laksamana, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak ⏰ Sabtu - Rabu 11.00 pagi - 7.00 petang Bagi makan malam, Restoran Uncle Jims menyajikan menu ala thai seperti makan di Bangkok, iaitu Miang Pla Seafood RM69.00 dan Miang Pla Thod RM69.00. 📍Uncle Jims Restaurant Persiaran Teratai 1, Taman Teratai, 33000 Kuala Kangsar, Perak ⏰ Khamis - Selasa 3.00 petang - 12.00 malam #TahunMelawatPerak2024 #MohKePerak #TravelPerakLah #GayaTravel #TourismPerak #KualaKangsar #VisitPerak2024 #Perak #CutiCutiMalaysia Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan. Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Comments