Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб KAMPUNG BUNIAN GUNUNG JERAI | HIKING GUNUNG JERAI в хорошем качестве

KAMPUNG BUNIAN GUNUNG JERAI | HIKING GUNUNG JERAI 1 год назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



KAMPUNG BUNIAN GUNUNG JERAI | HIKING GUNUNG JERAI

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Video kali ini membawakan anda hiking ke dalam hutan Gunung Jerai. Melawat tempat-tempat yang dikatakan perkampungan bunian. Kawasan Batu Kapal yang dikatakan disumpah Sang Kelembai. Kolam tempat puteri bunian mandi dan juga Air Terjun Alur Naga dikatakan tempat naga Gunung Jerai bertapa. Serta sedikit pengenalan tumbuh-tumbahan dan herba didalam hutan. Sedikit kisah mistik Gunung Jerai Rumah dalam hutan Wan Teh yang sering keluar masuk ke pergunungan Gunung Jerai untuk mencari sumber hutan sejak tahun 1980-an juga pernah melalui pengalaman aneh. Ceritanya, pernah satu hari, dia bersama seorang rakan masuk ke kawasan pergunungan itu untuk mencari akar kayu sebelum tersesat ketika dalam perjalanan pulang. Tambahnya, ketika itu waktu sudah senja dan hujan lebat sehingga menyebabkan mereka sukar mengesan laluan denai yang sering digunakan. “Dalam keadaan cemas , saya ternampak beberapa buah rumah kayu yang berlampu di satu sudut hutan di gunung ini. Saya panggil kawan yang sedang berteduh di bawah pokok untuk pergi meminta bantuan. “Lepas saya pusing balik, rumah itu sudah hilang. Selepas itu, baru kami jumpa jalan pulang. Pelbagai tanda tanya bermain dalam minda dengan bulu roma meremang,” katanya. Tegasnya, dia berasa amat bersyukur kerana tidak masuk ke perkampungan bunian tersebut, kalau tidak mereka berdua mungkin tidak akan jumpa jalan keluar hingga hari ini. Cerita mengenai bunian di Gunung Jerai juga pernah menggemparkan negara dengan kehilangan seorang pemuda berusia awal 20-an pada tahun 2000. Pemuda itu dikatakan mengikut seorang gadis cantik yang berada di gunung tersebut. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari pemuda tersebut, namun gagal ditemui. Setelah seminggu misteri kehilangannya heboh diperkatakan, akhirnya mangsa dijumpai mati di sekitar kawasan air terjun. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan ngeri tanpa kepala dan badannya diceraikan. Dikatakan tempat pemuda itu ditemui adalah penempatan bunian. PENGUNJUNG dinasihatkan tidak bercakap besar ketika mendaki Gunung Jerai, dibimbangi tidak bertemu jalan pulang. – Gambar hiasan Meskipun gunung tersebut terkenal dengan pelbagai kisah aneh, namun ia sentiasa menjadi tumpuan pengunjung terutamanya bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan menikmati keindahan alam. Wan Teh turut mengakui, terdapat individu yang datang ke situ semata-mata untuk bertapa terutamanya dalam kalangan pengamal perubatan tradional. Justeru, dia menasihati pengunjung supaya jangan terlalu taksub dengan cerita-cerita yang diperkatakan supaya tidak menjerat diri. “Saya selalu bawa orang luar mendaki gunung ini. Saya sering menasihatkan mereka supaya tidak bercakap besar. “Paling penting, perlu ada niat yang baik ketika mendaki. Jangan sesekali ada niat tidak elok, takut-takut tidak jumpa jalan pulang,” tuturnya. #uwaischannel #djipocket2 #iphone12 #urbanexplorer #misterigunungjerai #mistik #gunungjerai #yankedah #kedah #penjarahmistik #paranormal

Comments