Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео




Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



RESEPI Asam Pedas Ikan Utara Stlye atau Asam Rebus | Konpom Sedap!

Assalamualaikum, hye semua! Kalini Dayang nak kongsikan RESEPI Asam Pedas Utara Style atau dikenali juga sebagai Asam Rebus. Masakan ni tidak ditumis, hanya perlu direbus sahaja semua bahan-bahan sehingga masak. Resepi ni sangat sesuai untuk orang yang kurang sihat yang tiada selera makan kerana rasanya masam-masam pedas dari cili dan rempah ratus yang lain dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja😊. Kuahnya jugak sedap untuk dihirup semasa panas-panas. Rasa kuahnya sangat menyegarkan dan tiada keraguan untuk makan banyak sekalipun kerana resepi ni kategori sihat,tanpa minyak...psssstttt sesuai jugak untuk sesiapa yang tengah berdiet tu,rendah kalori juga asam rebus ni.. Selain tu, cara nak makan asam pedas ni selalunya kita letak banyak-banyak dalam nasi biar berlinang atau kuah banjir, dan ceduk dengan sudu, baru lah "surrrrr", siapa pernah makan tahulah kelazatan dan nikmatnya makan asam pedas ni,akhir kata Dayang ucapkan Selamat Mencuba semua dan jangan lupa tonton video sampai habis,lepas tu bolehla LIKE,KOMEN DAN SHARE untuk semua sahabat kita mencuba juga okay,terima kasih! Bahan- Bahan 5 ekor ikan kembung atau ikan temenung 5 cawan air 8 tangkai cili kering 1 sb serbuk kunyit 3 keping asam keping 1 biji bawang besar 6 ulas bawang merah kecil 1 batang serai 1 inci belacan 1 st jintan manis 1 st biji ketumbar 3 tangkai daun kesum 2 st garam halus 2 st gula 5 batang bendi Tips Memasak: 1)Bahan rebusan rempah ratus kena didihkan 3 kali atau sehingga cili betul betul masak,hilang bau maung cili barulah masukkan ikan,kalau air atau kuah kurang boleh tambah 2) Masak kuah sampai asam keping kembang barulah kuah betul betul masak, dan asam boleh ditambah ikut kuantiti kuah. Sebarang urusan rasmi boleh berhubung dengan Dayang di alamat emel dibawah 💌[email protected] #asampedasikan #asampedas #resepidayangsuri

Comments