Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Apa HUKUM makan ikan Bandaraya/PLECO ?? 🤔 Ini JAWAPANnya 😱 Saya masak USTAZ MAKAN !!! в хорошем качестве

Apa HUKUM makan ikan Bandaraya/PLECO ?? 🤔 Ini JAWAPANnya 😱 Saya masak USTAZ MAKAN !!! 1 год назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Apa HUKUM makan ikan Bandaraya/PLECO ?? 🤔 Ini JAWAPANnya 😱 Saya masak USTAZ MAKAN !!!

SELAMAT DATANG SEMUA. Sumbangan untuk Surau Jumaat Al Syakirin Keramat Wangsa Maybank : 564155566167 Ref Pembinaan Surau Jumaat Al Syakirin Media Sosial Instagram :   / syakir_mesman   Page FACEBOOK :   / syakirmesman   Tiktok :   / syakir_mesman   Any Inquiries | Collabration | Paid Review : [email protected] Ikan bandaraya, juga dikenali sebagai Plecostomus atau singkatannya Pleco, ialah sejenis ikan air tawar. Ikan ini mempunyai badan yang rata dan mulut yang disesuaikan untuk menghisap, yang membolehkan ia melekat pada permukaan dan memakan alga dan bahan organik lain. Ikan bandaraya biasanya dipelihara sebagai ikan akuarium, tetapi juga boleh membiak dengan cepat di sungai-sungai. Ia termasuk dalam kategori herbivor dan memakan alga, invertebrata kecil dan bangkai. Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa hukum memakan ikan bandaraya tanpa dikuarantin adalah makruh dan tidak haram kerana kenajisan itu adalah perkara yang mendatang (bukan kekal pada zat), yang mana paling banyak pun, hanya akan mengakibatkan perubahan pada dagingnya. Oleh yang demikian, perkara itu tidak menjadikan hukumnya haram. Lebih-lebih lagi, ikan bandaran yang dagingnya berubah disebabkan memakan najis atau tinggal dalam air najis boleh kembali kepada asal dengan cara dikuarantikan dan memberinya makanan yang bersih dalam satu tempoh, sebelum memakannya. Maka, ketika ini hukumnya tidak lagi menjadi makruh. Pendapat ini juga adalah selari dengan pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i. Kami juga mengambil kesempatan di sini untuk mengesyorkan, sebagai langkah berhati-hati dan keluar daripada khilaf, agar ikan bandaraya tersebut dikuarantin terlebih dahulu sama ada dengan dikurung, diasingkan atau seumpamanya dan diberi makanan yang baik sehingga hilang kesan najis tersebut. Pada asasnya, ‘illah (sebab) bagi kemakruhan dan keharaman memakan haiwan jallalah adalah kerana ia memakan najis dan kotoran sehingga memberi kesan kepada dirinya. Justeru, jika ‘illah itu hilang, maka hilanglah larangan daripada memakan ikan bandaran tersebut. Hal ini adalah bertepatan dengan kaedah: إِذَا زَالَتِ العِلَّةُ زَالَ الحُكْمُ Maksudnya: “Apabila hilang ‘illahnya, maka tiadalah hukum tersebut.” Manakala bagi tempoh pengkuarantinan pula, kami nyatakan bahawa tiada tempoh tertentu bagi proses pengkuarantinan dan tempoh memberinya makanan yang bersih. Akan tetapi ia berdasarkan kepada adat setempat dan sangkaan yang kuat bahawa perubahan pada daging tersebut dan baunya yang busuk itu telah hilang. Dalam masa yang sama, nasihat pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim juga perlu diambil kira bagi memastikan ia selamat dimakan, tidak berbahaya atau beracun. Ini bagi mengelakkan sebarang mudarat pada diri. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Wallahua‘lam. Semoga dengan perkongsian kali ini menjawab persoalan anda berkenaan hukum memakan ikan bandaraya. Sumber: Maktabahalbakri Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sentiasa memberi sokongan/dorongan di dalam channel ini. Terus berikan cadangan anda semua diruangan komen. Saya doakan kamu semua yang membaca desription nie semoga sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dalam apa jua yang kamu lakukan. AMIN Jangan lupa SUBSCRIBE | SHARE | LIKE DAN KOMEN dibawah untuk menunjukkan sokongan anda semua kepada channel ini. Saya akan HARGAI dan mengambil teguran serta nasihat korang semua demi memajukan channel ini. Hopefully yang menonton enjoy.

Comments