Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео




Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



MAJLIS MERISIK DAN BERTUNANG YANG MENGHIBURKAN

Nak Bertunang? Ini 9 ‘Checklist’ Penting Sebelum Majlis Saya berkongsi beberapa senarai sebagai rujukan untuk persiapan bertunang. Antaranya: 1. Maklumkan Kepada Ibu Bapa Dan Juga Ahli Keluarga Kebiasaannya, majlis pertunangan akan melibatkan keluarga pihak lelaki yang datang berjumpa dengan keluarga pihak perempuan. Jadi sebab itulah pentingnya untuk memaklumkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga terlebih dahulu sekiranya ingin masuk meminang dan bertunang dengan pasangan pilihan hati. 2. Lantik Wakil Jurucakap Dari Pihak Lelaki Dan Perempuan Pemilihan wakil jurucakap yang berpengalaman serta pandai berkomunikasi juga penting bagi memastikan kelancaran perbincangan dengan kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan. Apa fungsi wakil jurucakap ini sebenarnya? Mereka akan sama-sama menjadi orang tengah bagi kedua-dua belah pihak untuk membincangkan tentang majlis perkahwinan yang bakal diadakan. Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang mas kahwin, harga hantaran, tarikh nikah, jumlah dulang hantaran dan sebagainya. 3. Cincin dan sarung cincin Selalunya cincin tunang dipilih dengan corak yang ringkas dan tidak keterlaluan. Antara cincin yang menjadi pilihan ramai untuk majlis pertunangan adalah cincin belah rotan di mana luarannya adalah kosong dan sedikit corak tetapi ia tidak mempunyai apa-apa batu berlian. Apabila sudah ada cincin, mestilah kena ada bekas sarung kan? Jangan lupa untuk menyediakan bekas cincin yang majlis pertunangan anda. Beli yang simple pun boleh. 4. Hantaran Bertunang Kalau untuk majlis pertunangan, kebiasaannya hantaran akan diberikan mengikut nombor ganjil. Contohnya perempuan akan memberi lima dulang dan pihak lelaki pula membalas dengan tiga dulang. Nak letak apa atas dulang hantaran bertunang? Boleh letak makanan atau barangan seperti kotak berisi pencuci mulut, bungkusan coklat, buah-buahan, kek dan sebagainya. Boleh juga kalau diberi gubahan tuala atau sireh junjung. 5. Tempah Katerer Makanan Untuk pihak perempuan, anda perlu bertanya kepada pihak lelaki tentang jumlah anggaran tetamu yang bakal hadir ketika majlis pertunangan tersebut untuk memudahkan urusan menempah makanan dengan katerer. Risau sekiranya ada tetamu dari keluarga pihak lelaki yang tidak dapat menjamu selera kerana tempahan makanan tidak mencukupi. 6. Baju Bertunang Untuk Pasangan Perempuan Majlis pertunangan ini lebih melibatkan pasangan perempuan dan ibu kepada pasangan lelaki. Jadi, pasangan perempuan perlulah mempunyai pakaian yang sopan dan manis mata memandang ketika majlis menyarung cincin. Selalunya pasangan perempuan akan memakai baju kurung yang tidak keterlaluan dan memilih warna yang lembut untuk tampil lebih berseri. 7. Mekap Untuk Pasangan Perempuan Sebagai perempuan, sudah tentu kita mahu tampil cantik dan berseri pada hari bersejarah dalam hidup. Dapat mekap “natural look” pun cantik juga. Kalau anda ada bajet lebih sikit, tak salah upah jurumekap atau MUA untuk menyolek muka tampil berseri pada hari tersebut. 8. Pelamin Pelamin bukan setakat untuk majlis bersanding selepas berkahwin ya. Nak bertunang pun tidak salah kalau anda ada bajet lebih untuk menyewa pelamin. Sekarang pun ada banyak jenis pilihan pelamin untuk bersanding yang anda boleh tempah untuk majlis pertunangan. Dapat pelamin yang simple dan cantik pun sudah memadai. 9. Bunga Tangan Bunga tangan ini biasanya akan dipegang oleh pasangan perempuan ketika sesi bergambar. Dengan adanya perhiasan itu di tangan, mana tahu boleh naikkan seri wajah pasangan perempuan. Kalau ambil gambar outdoor dengan pasangan pilihan selepas majlis bertunang pun cantik bila adanya bunga tangan ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana yang bakal bertunang tidak lama lagi. Kami mendoakan agar segala urusan anda dipermudahkan untuk anda. Selamat bertunang! #azleesenario #azleezulmaidi #bertunang #engagement

Comments