Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Proton Exora 2019 Ulasan Pandu Pertama - Roda Pusing Vlog в хорошем качестве

Proton Exora 2019 Ulasan Pandu Pertama - Roda Pusing Vlog 5 лет назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Proton Exora 2019 Ulasan Pandu Pertama - Roda Pusing Vlog

Proton Exora 2019 harga atas jalan tanpa insurans: 1.6T Executive RM59,800 1.6T Premium RM66,800 Exora 2019 dilengkapi dengan sistem infotainmen pintar, "Hi PROTON" pada varian Premium 1.6T, Rekaan luaran menerima penambahbaikan dengan antena sirip ikan yang baharu dipadankan dengan panel bumbung luar hitam. Di ruangan dalam, rekaan dalaman upholsteri dan gabungan meter baharu serta cermin pandang belakang tanpa bingkai diperkenalkan. Model ini merupakan satu-satunya MPV di dalam kelasnya yang menawarkan ruang untuk tujuh orang dewasa dan dilengkapi enjin pengecas turbo 1.6 liter, dengan 140PS pada 5,000 rpm dan 203Nm tork dari 2,000-4,000 rpm. Kelengkapan keselamatan termasuk dua beg udara hadapan, kawalan kestabilan elektronik (ESC), brek cakera di sekeliling, brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD) dan tali pinggang hadapan dengan fungsi pengetat. Ciri-ciri kemudahan seperti sensor tempat letak kereta di belakang serta kamera undur. Pakej dengan nilai tambahan ditawarkan dengan empat pakej, bermula dengan pakej servis yang menawarkan caj pekerja percuma sebanyak tiga kali. Selain itu juga, terdapat pakej data Internet dengan data percuma (1GB sebulan) selama lima tahun. Dua pakej akhir adalah pakej kadar faedah dengan kadar pembiayaan serendah 2.76% dan pakej insurans dengan pelbagai kelebihan kepada pembeli yang menginsuranskan dengan panel-panel insurans PROTON. Di samping pakej Extra Value yang standard, PROTON turut menawarkan pakej Nilai Tambahan istimewa. Pelanggan-pelanggan yang membeli Exora 2019 pada tahun ini akan diberi pakej upah servis percuma selama lima tahun atau sebanyak 11 kali manakala 1,000 pembeli pertama juga akan diberi cukai jalan percuma selama dua tahun untuk pembeli persendirian dan cukai jalan percuma selama setahun untuk pelanggan korporat. Digabungkan dengan pengurangan harga dan nilai ciri-ciri baharu yang diperkenalkan dalam setiap varian, Exora 2019 1.6T Executive memberikan nilai tambahan sebanyak RM4,233 berbanding versi terdahulu. Bagi Exora 2019 1.6T Premium, penjimatan tambahannya pula bernilai RM5,652. Untuk maklumat lanjut: https://www.proton.com/en/find-a-car/... Sila ikuti kami juga di: Web: rodapusing.com.my Facebook: www.facebook.com/rodapusingmy Instagram: roda_pusing, hishamjahudi

Comments