У нас вы можете посмотреть бесплатно ZIARAH MAKAM PAHLAWAN | KUALA LUMPUR или скачать в максимальном доступном качестве, которое было загружено на ютуб. Для скачивания выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru
#Channel20sen Makam Pahlawan adalah sebuah tempat perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965. Makam ini dibina bersama dengan Masjid Negara sebagai tempat khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan bahagian luar. Bahagian dalam dilitupi dengan kubah konkrit yang berbentuk bintang pecah tujuh yang menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini mempunyai penjuru yang setiap satunya hampir mencecah tanah serta dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah pula direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada batu marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar berwarna emas. Pada tahun 1973, Tun Dr. Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini. Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada 6 Julai 2007. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman- Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal dunia pada tahun 1973) Tun Abdul Razak Hussein- Perdana Menteri Malaysia (meninggal dunia pada tahun 1976) Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal dunia pada tahun 1990) Tun Abdul Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal dunia pada tahun 2006)