Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Ayam Kerutuk Kelantan в хорошем качестве

Ayam Kerutuk Kelantan 3 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Ayam Kerutuk Kelantan

Kali ni Che Nom nak masak Ayam Kerutuk, masakan yang berasal dari Kelantan. Che Nom rujuk resepi dari YouTube DapurKak Yah. Terima kasih banyak-banyak sudi kongsi resepi Kak yah masak guna itik serati, Che Nom ganti guna ayam. Masakan kerutuk ni macam tengah-tengah antara gulai dan rendang. Kita perlu guna rempah khas untuk kerutuk, dan yg ni Che Nom beli online dari Kelantan dan rempah tu sendiri memang dah wangi, warnya agak sedikit gelap berbanding rempah biasa. Satu lagi bahan campuran istimewa yang dimasukkan ialah rempah sangai. Dan sedapnya kuah tu juga, hasil dari tambahan kerisik dan kita masak dengan menggunakan pati santan..memang pekat dan sedap hasilnya. Bagi Che Nom, lauk ni cukup sedap kalau makan dengan nasi minyak ataupun pulut kuning. You Tube Link ke resepi asal:    • Rahsia ibu rempah untuk gulai kerutuk...   //Bahasa Melayu --------------------------------------- Bahan-bahan untuk kisar halus: 2 biji bawang besar 4 ulas bawang merah kecil 4 ulas bawang putih 2 inci halia Bahan-bahan renpah sangai: 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil lada hitam ½ sudu kecil biji jintan putih 1 sudu kecil biji jintan manis Bahan-bahan lain: 1 ekor ayam (berat anggaran 2kg) 1 cawan minyak masak Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 bunga cengkih) 1 sudu besar cili kisar 1 batang serai 1 inci lengkuas 25g /4 sudu besar rempah kerutuk 1 helai daun pandan 2 keping asam gelugur Santan, dari 1 biji kelapa (atau 2x200ml santan kotak segera) Sedikit gula nisan 2 biji kentang garam, secukup rasa 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar kicap pekat karamel Cili hijau besar Cili padi Serbuk perasa, jika suka //English ---------------------------------------- Ingredients for fine grind: 2 red onion 4 shallots 4 cloves garlic 2 inch ginger Ingredients: 1 tablespoon coriander seeds 1 teaspoon whole black pepper ½ teaspoon cumin seeds 1 teaspoon fennel seeds Other ingredients: 1 chicken (approximate weight 2kg) 1 cup cooking oil 4 spices (1 cinnamon stick, 2 star anise, 4 cardamom pods, 3 cloves) 1 tablespoon chilli paste 1 stalk lemongrass 1 inch galangal 25g /4 tablespoon kerutuk spices 1 pandan leaf 2 piece tamarind slice Coconut milk, from 1 coconut (or 2x200ml coconut cream extract) A little palm sugar 2 potato Salt, to taste 2 tablespoon toasted coconut paste 1 tablespoon caramel soy sauce Green chili Bird's eye chilli Seasoning powder, if desired Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Comments