Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Misha Omar - Pulangkan (Ost. Pontianak Harum Sundal Malam) (Music Video) в хорошем качестве

Misha Omar - Pulangkan (Ost. Pontianak Harum Sundal Malam) (Music Video) 2 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Misha Omar - Pulangkan (Ost. Pontianak Harum Sundal Malam) (Music Video)

Aksara adalah album studio kedua oleh penyanyi Malaysia Misha Omar yang diterbitkan pada tahun 2004. Album yang membariskan lagu-lagu popular seperti "Pulangkan" dan "Dedebu Cinta" merupakan antara album yang terlaris pada tahun tersebut dan juga menjadi sinambungan kejayaan album debut penyanyi ini. Muzik pop menawarkan kebebasan dari segi pergerakan dan bunyi, tidak seperti muzik klasikal. Apabila menyanyi lagu klasikal, penyanyi membawakan apa yang tertera pada nota muzik dengan penuh ketelitian dan hati-hati. Bagaimanapun, muzik pop pula adalah cara anda menyampaikan liriknya dengan kesesuaian mengikut muzik dan ia dipanggil improvisasi. Dan dalam kebanyakan masa, penyanyi pop yang baik akan memastikan dia dekat dengan melodi. Cuma timing tidak perlu terlalu tepat. Dan semuanya perlu ada semata-mata untuk mendapatkan hasil nyanyian dengan naluri yang bebas dalam bunyi dan ritma. Itulah yang dapat digambarkan dalam album Aksara ini, sebuah koleksi lagu-lagu pop yang beremosi dan mewah rakamannya. Aksara menampilkan Misha dalam bentuk yang lebih dinamik. Dia semakin kenal peletakan vokalnya, tahu range yang sesuai dengan suaranya hingga menghasilkan tone suara yang mudah digerakkan.Terbukti dalam kebanyakan lagu terutama yang fast-beat seperti "Tak Ingin Lagi" yang turut menampilkan Shazee dan "Lara Hati". Trek "Dedebu Cinta" yang mempunyai ‘range’ melodi yang pelbagai, ia agak susah untuk menyanyikannya tetapi seronok mendengarnya, tambahan pula Misha menyuarakan karya Azlan Abu Hassan ini dengan cukup teruji. Album ini memuatkan tujuh lagu ballad sentimental yang langsung tidak membosankan sementara percubaan Misha untuk bekerjasama dengan komposer selain Adnan dan Azlan iaitu Azmeer dan Ajai nyata tidak sia-sia kerana berjaya membongkar kemampuan gadis Kelantan ini. Tiga lagu Adnan Abu Hassan masih berbisa untuk membawa nama Misha ke atas lagi. Adnan ‘kenal’ Misha, sebab itu hadirnya "Tiada Lagi Tangisan", "Bersatu Dalam Rindu" dan "Tiada Ruang Untukmu" walaupun bagi sesetengah ia masih tidak dapat menandingi fenomena "Bunga-bunga Cinta". "Lara Hati" oleh Azmeer perlu diberi perhatian kerana lagu ini bergerak amat perlahan permulaannya tetapi mendaki tinggi dengan iringan muzik hasil susunan Azmeer sendiri, memberikan nyawa untuk ini. Tentu sekali "Pulangkan" dari Ajai untuk Misha adalah sesuatu yang tepat kerana penyampaiannya cukup berhantu. Gemersik ballad ini dengan muzik terutama strings dengan sentuhan tradisional gamelan yang membuatkan lagu ini lebih asyik. Lagu ini dicipta khas sebagai lagu tema untuk filem seram Pontianak Harum Sundal Malam arahan Shuhaimi Baba. #MishaOmar #Pulangkan Pulangkan By Misha Omar Released on May 17, 2004 From the Album : Aksara

Comments