Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб CUTI-CUTI MERBOK KEDAH (bhg3) - TANJUNG DAWAI. в хорошем качестве

CUTI-CUTI MERBOK KEDAH (bhg3) - TANJUNG DAWAI. 1 год назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



CUTI-CUTI MERBOK KEDAH (bhg3) - TANJUNG DAWAI.

Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi. Penduduk Tanjung Dawai kebanyakanya merupakan nelayan dan petani, ni adalah kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di muara sungai. Tanjung Dawai (27,600) Bilangan pengundi Melayu : 78.36% Cina : 14.74% India: 6% Lain: 0.9% TANJUNG Dawai di Kedah, bukanlah destinasi pelancongan popular tetapi tetap menarik untuk dikunjungi. Tanjung Dawai terkenal dengan pengeluaran bilis dan belacannys kerana aktiviti utama penduduknya adalah sebagai nelayan. Belacan Tanjung Dawai adalah produk yang memperkenalkan perkampungan nelayan ini. Bagi penggemar makanan laut atau hasil laut yang diproses seperti ikan masin, bilis mahupun belacan, Tanjung Dawai adalah destinasi percutian atau persinggahan yang menawarkan lebih banyak pilihan, segar dan memenuhi selera, selain harganya yang jauh lebih murah. Arked MPSP Tanjung Dawai yang diselenggara Majlis Perbadanan Sungai Petani, terletak bersebelahan Jeti Tanjung Dawai adalah pusat jualan pelbagai produk hasil laut termasuklah ikan kering, keropok udang, keropok lekor, telur masin dan yang paling popular ialah ikan masin talang padi. Mereka yang 'hantu' ikan masin, di sinilah 'port' terbaik untuk memborong gara-gara harganya yang murah! Justeru, tidak hairanlah kawasan penjaja kecil ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang sanggup ke Tanjung Dawai semata-mata untuk memperoleh ikan atau telur masin gred A, selain keropok lekor yang kaya dengan inti ikan parang. Suasana lebih meriah menjelang senja apabila restoran ikan bakar dan makanan laut yang baru memulakan perniagaan memasang lampu berwarna- warni di sepanjang jalan menuju ke Tanjung Dawai, Peningkatan pelancong menyebabkan restoran ikan bakar tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sepanjang jalan ke pekan Tanjung Dawai. Selain menjadi tempat pengumpulan hasil laut, Tanjung Dawai juga menjadi akses kepada pengunjung yang mahu ke Pantai Merdeka. Jika berkereta perlu pusing jauh ke pantai peranginan itu. Namun, dengan bot laju dari Jeti Tanjung Dawai, menjadi pilihan pelancong yang ingin bercanda ke Pantai Merdeka. Kepada kaki pancing, anda boleh menghabiskan malam anda di Jeti Tanjung Dawai. Antara ikan yang boleh dipancing di sini ialah gelama, sembilang dan ikan duri. Penginapan pula tiada masalah kerana banyak chalet bajet disediakan di Tanjung Dawai. #cuticutimalaysia #cuti #jalanjalan #jjcm #kedah #cikgunajwaberkongsi #tanjungdawai #bilis #belacan #ikan masin

Comments