Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Petua Halau Cicak Dari Rumah в хорошем качестве

Petua Halau Cicak Dari Rumah 1 год назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Petua Halau Cicak Dari Rumah

Petua Halau Cicak Dari Rumah Sama macam lipas, kehadiran cicak di rumah boleh buat kita tidak senang duduk. Najis nya yang merata-rata, mengotorkan rumah dan susah nak dibersihkan bila dah kering. Lebih memudaratkan jika najisnya terjatuh dan mengotori makanan dan peralatan rumah. Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew akan kongsikan petua jimat untuk menghalau cicak di rumah anda. Jika anda ada sebarang soalan setelah menonton video ini, terus komen dibawah. Kita perlu tahu yang cicak merupakan haiwan yang kotor serta boleh membawa penyakit. Ini kerana wujud mikrob di dalam tubuh badan cicak yang berbahaya. Antara penyakit paling umum adalah selesema, demam, pening kepala, sakit perut, sembelit, cirit-birit, muntah-muntah dan keracunan. Kabinet dapur, almari dan belakang perabot antara ruang yang sering menjadi tempat cicak bersembunyi. Cicak juga sukakan persekitaran yang kotor, serta tempat yang berbau hapak seperti timbunan baju yang belum di basuh, atau kawasan yang berhabuk. Ada banyak cara menghalau cicak, tetapi anda mungkin tak akan tahu bagaimana halau cicak yang sesuai jika tak cuba dulu. Betul tak? Pertama, kulit telur Cicak sangat bencikan bau telur. Secara teknikal, kulit telur mengandungi bahan sulfur yang akan memberi kesan terbakar pada ruang abdomen cicak. Selepas ini, jika anda memasak telur, kulitnya jangan dibuang terus. Masukkan kulit telur ke dalam bekas dan letak dekat kawasan laluan cicak. Jangan lupa gantikan dengan yang baru selepas tiga minggu digunakan. Kedua, bawang merah atau bawang putih Cicak tidak suka bawang merah yang mengandungi sulfur dan bau yang tengik. Caranya mudah, letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawah merah di kawasan yang disukai cicak. Jangan lupa gantikan selang tiga hari kerana bimbang bawang akan membusuk. Anda juga boleh kisar bawang dan sembur di kawasan yang berkenaan. Ketiga, serbuk kopi dan tembakau Cara ini bukan untuk halau cicak, tetapi untuk membunuh cicak. Apa yang anda perlukan adalah kopi, tembakau, gam, dan pencungkil gigi. Campurkan sedikit kopi dan serbuk tembakau. Kemudian, sapukan gam pada hujung pencungkil gigi dan lalukan pada serbuk yang telah dicampur tadi. Pastikan serbuk itu melekat pada batang tersebut dan letakkan di tempat cicak masuk dan belakang almari. Cicak akan mati apabila makan serbuk tadi. Keempat, cuka Cicak tak suka benda yang berbau kuat, jadi cuka antara salah satu daripadanya. Campurkan 1/3 cuka makan, 1/3 cecair pencuci pinggan, dan 1/3 air. Kemudian, masukkan kesemuanya dalam botol spray. Lepas itu semburkan pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi. Kelima, pelihara kucing Kucing mempunyai naluri memburu. Kalau ada cicak, mesti hendak ditangkapnya. Kadangkala kucing akan memakannya jika terlampau lapar. Kucing tidak akan membantu menghalau cicak secara keseluruhan, tetapi dapat membantu seimbangkan populasinya. Namun begitu, anda harus ingat bahawa cicak mempunyai parasit yang merbahaya terhadap kucing. Parasit ini dikenali sebagai Liver Flukes. Apabila parasit ini menyerang hempedu kucing, ia akan menyebabkan keradangan hati yang boleh membawa maut. Walaupun ada pelbagai cara untuk halau cicak di rumah, penting juga untuk kita memastikan yang rumah sentiasa bersih supaya tidak mengundang cicak untuk beranak pinak di rumah kita. Pilih cara yang anda rasa sesuai dengan keselesaan anda dan jangan lupa kongsikan keberkesanannya di ruang komen dibawah. Uncle Andrew harap ada petua-petua di atas yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah cicak di rumah anda. Selamat mencuba!

Comments