Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео




Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Kemanakah Perginya Jet Aermacchi MB339 TUDM ?

Kemanakah Perginya Jet Aermacchi MB339 TUDM ? Perlu diketahui jenis pesawat MB-339AM telah ditamatkan perkhidmatan setelah MB-339CM memasuki perkhidmatan TUDM. MB339CM diklasifikasikan sebagai "light attack aircraft" dan "advance trainer", ia masih aktif digunakan oleh Italian Air Force, Eritrean Air Force dan United Arab Emirates Air Force dan Perancis. Argentina menggunakan pesawat MB339A sebagai pesawat tempur / combat use, termasuk versi awal MB-326GB. Baki ketujuh-tujuh pesawat Aermacchi MB-339CM milik TUDM bakal digantikan dengan pesawat yang mempunyai keupayaan dwi-fungsi iaitu sebagai pesawat latihan lanjutan atau “Fighter Lead-In Trainer” dan pesawat tempur ringan “Light Combat Aircraft” (FLIT/LCA). Pesawat Aermacchi MB-339CM memasuki perkhidmatan TUDM pada 2009 tetapi digantung operasinya sejak 2018 berikutan kemalangan dialami pesawat latihan tersebut di Kuantan, Pahang dan beberapa masalah teknikal berkaitan enjin pesawat, sebanyak 230 buah pesawat dibina. Berdasarkan tempoh hayat ekonomi pesawat pejuang dan Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM, pesawat Aermacchi MB-339 dirancang ditamatkan pengoperasian pada 2028. Perolehan pesawat baharu yang berupaya melaksanakan dwi-fungsi bukan sahaja mampu memberi pulangan penjimatan kepada kewangan kerajaan, malah turut meningkatkan keupayaan pertahanan negara. AM (Malaysian variant for A) merupakan basic jet trainer memfokuskan transisi daripada pesawat prop kepada jet. Manakala versi CM (Malaysian variant for CD) mempunyainkonfigurasi avionics moden yang membolehkan pendaratan sebagaimana advanced jet trainer, mengurangkan penggunaan Hawk atau OCU lain. Dikhabarkan versi CM "configuration layout" hampir menyamai Eurofighter Typhoon. Kemungkinan hanya ditiru dari layout Itali bagi menjimatkan kos. Kemana pesawat ? Hala tuju pesawat Aermacchi MB-339CM boleh dirujuk selepas Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) melaksanakan audit ke atas pihak pengeluar peralatan tulen (OEM). (Jika telah dilakukan) Menurut info MB339CM ditamatkan kerana ketiadaan alat ganti untuk pesawat tersebut, kerana itu pesawat berstatus "grounded". Apa kemampuan pesawat Aermacchi ini ? Pesawat MB-339CM dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden termasuk Head Up Display (HUD) dan Multi Function Display (MFD) di kokpit depan dan belakang bagi membolehkan latihan sebenar kepada bakal-bakal juruterbang pesawat pejuang. "Walaupun dikatakan "crippled jet" disebabkan masalah enjin, masih terdapat negara yang berminat untuk memiliki pesawat ini disebabkan ciri khas pada kokpit pesawat." Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai maklumat, boleh sertakan dalam ruangan komen By Salman Al Farisy #uniformsoriginal #aermacchi #jet #viralvideo

Comments