Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Hj Nur Asiah Djamil - Adikku Sayang в хорошем качестве

Hj Nur Asiah Djamil - Adikku Sayang 10 лет назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Hj Nur Asiah Djamil - Adikku Sayang

Lagu: Adikku Sayang Penyanyi: Hj. Nur Asiah DJamil Genre: Nasyid __ Hajah Nur Asiah DJamil yang berasal dari Kotari, sebuah bandar kecil di Utara Kota Raya Medan, Sumatera Utara, Indonesia, merupakan seorang penyanyi lagu nasyid yang popular di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand dengan rekor kejayaan merakamkan kira-kira 500 lagu Genre Nasyid Tradisional, seperti Selimut Putih. Sepanjang hayatnya sebagiannya bersama Orkes El Suraya. Beliau dilahirkan pada 1944 dan antara lagunya paling popular ialah Panggilan Haji, karena cukup sinonim ketika musim ibadah haji setiap tahun dan lagu ‘Seram’ sepanjang zaman, Selimut Putih yang pastinya memberi keinsafan amat mendalam kepada sesiapa mendengar bait-bait liriknya. Walaupun era kegemilangan Hj. Nur Asiah Djamil mulai tenggelam dengan kemunculan genre nasyid kontemporari yang mula melanda negara ketika zaman kumpulan Raihan awal 1990-an, lagu-lagu penyanyi bersuara emas itu tetap tidak luput ditelan zaman. Beliau pernah mewakili Indonesia sebagai qariah pada majlis ujian tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur dan Saudi Arabia tahun 1970, dan menjadi pendakwah ikon di Republik Indonesia. Dra Hj Nur Asiah meninggal dunia di rumahnya di Medan pada 13 Disember 2014. dalam usia 70 tahun akibat sakit perut yang dialaminya beberapa hari sebelum itu. Beliau meninggalkan empat orang anak, satu orang perempuan dan tiga laki-laki serta 10 orang cucu. #Toweran #NurAsiahDjamil #Nasyid #Qosidah

Comments