Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Trajedi Serangan Hendap Pengganas Komunis Di Kroh 1979 в хорошем качестве

Trajedi Serangan Hendap Pengganas Komunis Di Kroh 1979 2 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Trajedi Serangan Hendap Pengganas Komunis Di Kroh 1979

Insiden berdarah ini berlaku pada jam 10.45 pagi 20 Julai 1979, satu konvoi yang menghantar pesakit dari Baling ke Kroh (sekarang Pengkalan Hulu) yang sedang melalui jalan di Batu 54, Jalan Kroh-Baling tiba-tiba diserang hendap oleh sepasukan pengganas komunis seramai kira-kira 20 orang. Konvoi ini yang mengandungi sebuah ambulans, sebuah trak tentera 3 tan dan dua buah kenderaan Land Rover milik tentera. Kumpulan kenderaan ini telah berada dipekan Baling sejak dari jam 7 pagi dan mereka menunggu pasukan peninjau untuk mengiringi mereka dengan kereta perisai sebagai tambahan keselamatan. Kumpulan konvoi terbabit mula meninggalkan pekan Baling pada jam 9 dengan diiringi oleh dua buah perisai jenis V-150 Commando dari pasukan “Bravo” Skuadron, 2 Rejimen Peninjau. Konvoi didahului oleh kereta perisai V-150 (nombor ZA744) kemudian diikuti ambulans, dua buah Land Rover, sebuah trak 3 tan dan sebuah kereta perisai V-150 dibahagian paling belakang konvoi tersebut. Apabila kumpulan konvoi tiba di satu selekoh sebelum sekatan jalanraya (roadblock) yang didiri dan dikawal oleh anggota tentera, tiba-tiba kumpulan konvoi diserang hendap oleh sepasukan pengganas komunis dan sasaran pertama mereka adalah ambulans. Disebabkan faktor jalan yang sempit menghalang kereta perisai V-150 daripada dapat membuat pusingan, pemandu kereta perisai tersebut terpaksa mengundurkan kenderaan manakala jurumeriam (gunner) pula memusingkan meriam ke arah kedudukan pengganas komunis. Bagaimanapun, sebelum sempat tentera dari kereta perisai membalas tembakan kerana hendak menukar posisi dan mendapatkan arah untuk tembakan dibuat, pengganas komunis terlebih dahulu menembak kereta perisai tersebut dengan senjata anti kereta kebal yang menyebabkan kenderaan ini terbakar dan mengorbankan ketiga-tiga krew didalamnya dengan hampir serta merta. Helikopter ini telah dilengkapkan dengan meriam 20mm dan bertindak sebagai “gunship”. Helikopter Alouette yang lengkap bersenjata ini juga pernah dijadikan sebagai Forward Air Controller (FAC), yang memberi panduan kepada jet-jet Tebuan untuk membuat serangan darat dalam beberapa operasi oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mengebom kedudukan pasukan pengganas komunis. Helikopter Alouette dari No. 3 Skuadron, TUDM Butterworth telah berlepas pada pagi hari kejadian untuk tugasan mengiringi helikopter Nuri di kawasan Operasi Selamat Sawadee, Kroh. Juruterbang dan seorang pegawai pasukan meriam artileri telah menceritakan bahawa mereka ternampak kepulan asap dari kawasan serangan hendap tersebut. Juruterbang Alouette kemudian telah menghubungi pihak atasan TUDM bagi mendapatkan kebenaran untuk memberikan bantuan kepada konvoi tersebut, namun tidak mendapat respons dengan segera. Disebabkan itu, juruterbang helikopter Alouette tersebut telah mengambil keputusan untuk terbang ke lokasi serangan hendap tersebut. Setelah berada dikawasan kejadian, beliau telah mengarahkan gunner untuk menembak ke arah pokok-pokok yang dipercayai menjadi tempat perlindungan pengganas komunis. Walaubagaimanapun, helikopter Alouette ketika itu hanya menggunakan peluru 20mm “ball” bukannya jenis “HE” (high explosive) kerana pada masa tersebutTUDM telah kehabisan stok 20mm HE dan sementara menunggu sebuah C-130 Hercules terbang ke Portugal untuk mendapatkan stok, helikopter untuk tujuan serangan hanya dapat menggunakan peluru 20mm ball sahaja. Peluru ini kurang memberikan impak berbanding letupan yang lebih kuat dari jenis 20mm HE. Anggota tentera dari kenderaan terus keluar dari kenderaan masing-masing dan segera mendapatkan tempat untuk berlindung. Tembakan komunis turut menyebabkan beberapa orang anggota didalam kenderaan Land Rover cedera. Bunyi tembakan senapang dan letupan dalam serangan tersebut telah didengar oleh anggota tentera yang berada di Kem Kroh, termasuk seorang juruterbang helikopter Alouette III. Apapun, kehadiran helikopter Alouette ini dengan memberikan tembakan bantuan telah berjaya membuatkan pengganas komunis berundur. Di akhir serangan ini telah mengorbankan 3 anggota tentera dan 2 orang awam. Antara anggota tentera yang terkorban adalah seperti berikut. Koperal Ramli bin Abdul Rashid – komander/ketua kereta perisai, Trooper Azmi bin Rahman – pemandu kereta perisai dan Trooper Abu Hassan bin Syeikh Daud – jurumeriam/gunner kereta perisai. Tindakan pantas yang diambil juruterbang helikopter Alouette tersebut telah menyelamatkan nyawa ramai anggota yang diserang tersebut telah mendapat penghargaan, apabila No. 3 Skuadron menerima surat utusan penghargaan dari Mejar Jeneral Dato’ Jamil Ahmad. Kemungkinan besar ramai lagi akan menjadi korban serang hendap tersebut andainya helikopter Alouette itu tidak memberikan bantuan dengan kadar yang segera.

Comments