Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Soalan Lazim Harta Sepencarian в хорошем качестве

Soalan Lazim Harta Sepencarian 3 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Soalan Lazim Harta Sepencarian

Definisi harta sepencarian Harta sepencarian menurut undang-undang: Berdasarkan Seksyen 2, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) harta sepencarian ditakrifkan sebagai: "Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan syarak." Harta tersebut boleh wujud dalam keadaaan: Wujud atau bersama-sama berusaha mendapatkannya Semasa perkahwinan ia berkuatkuasa Berdasarkan hukum syarak Soalan lazim harta sepencarian Q1 : Saya dan suami telah mengeluarkan wang KWSP untuk membeli sebuah rumah bernilai RM400 000. Kami berdua berkongsi membayar deposit dan bayaran bulanan rumah tersebut. Jika berlaku sesuatu, adakah saya boleh menuntut rumah tersebut? A : Ya, ia adalah harta sepencarian. Bagi kes ini, puan memberi sumbangan secara langsung. Q2 : Saya dan suami bekerja sendiri. Hasil usaha perniagaan, kami membeli beberapa aset seperti rumah dan tanah. Ada rumah atas nama saya, tanah atas nama suami. Adakah ia dikira sebagai harta sepencarian? A : Ia juga dikira sebagai harta sepencarian. Masing-masing ada hak untuk menuntut. Q3 : Saya suri rumah sepenuh masa, adakah layak saya menuntut harta sepencarian? A : Ya, layak. Sumbangan puan secara tidak langsung juga melayakan puan mendapat harta sepencarian. Peranan puan seperti dibawah juga diambil kira. Membantu menguruskan anak-anak Menyediakan makan dan minum Menjalankan tugas-tugas dirumah Memberi sokongan moral Sumbangan harta sepencarian boleh dikira dalam 2 bentuk: Secara langsung. Contoh secara langsung adalah mengeluarkan wang dan tenaga untuk mendapatkan harta tersebut. Secara tidak langsung. Contoh secara tidak langsung seperti diatas. Q4 : Adakah bercerai masih boleh tuntut harta sepencarian? A : Ya, masih boleh tuntut. Q5 : Siapa yang layak untuk tuntut harta sepencarian? A : Pasangan anda. Bukan anak. Q6 : Dimana saya boleh tuntut harta sepencarian nie? A : Mahkamah Tinggi Syariah. Saya senaraikan lokasi serta no telefon pejabat. Klik disini Q7 : Kenapa En. Hanaffi agak tekankan harta sepencarian nie? A : Sebab saya lihat ramai kaum ibu teraniaya dan tidak mendapat hak yang sepatutnya daripada pasangannya. Q8 : Bagaimana nak tahu harta sepencarian? A : Mudah saja. Pastikan harta itu wujud selepas kahwin. Mudahkan? Contoh: Puan dan suami bernikah pada 1 Dec 1998. Suami telah membeli sebuah kereta Wira sebelum perkahwinan pada tahun 1996, maka ia bukan harta sepencarian. Pada tahun 1 Dec 2003, suami telah berjaya membeli sebuah rumah, maka rumah tersebut dikira sebagai harta sepencarian. Andai pada tahun 1 Dec 2010 puan telah bercerai, maka apa-apa harta selepas tarikh penceraian tidak dikira sebagai harta sepencarian. Q9 : Bolehkah harta sebelum kahwin declare sebagai harta sepencarian. Contoh 2 bulan sebelum kawin suami beli rumah. A : Tak boleh. Sila rujuk contoh diatas. Q10 : Saya berkahwin di Thailand, adakah saya layak tuntut harta sepencarian? A : Tak layak, perkahwinan perlu didaftarkan di Malaysia terlebih dahulu. Q11 : Apakah harta yang boleh disenaraikan sebagai harta sepencarian? A : Soalan bagus. Harta terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta tak alih dan harta alih. Harta tak alih: Tanah Rumah Sawah Banggunan atau semua yang melekat pada tanah Harta alih, adalah harta selain daripada harta tak alih seperti: Duit (saving / current) dalam bank Tabung Haji ASB Unit amanah Shares Kerete / motor Barang kemas Q12 : Bolehkah isteri menuntut harta seperti rumah dan tanah jika berlaku penceraian walaupun isteri tak bekerja? A : Isteri boleh menuntut harta sepencarian melalui mahkamah syariah jika telah berlaku perceraian walaupun tidak bekerja atas faktor sumbangan tidak langsung dalam rumahtangga. Namun kadar biasanya sekitar 10-30% sahaja. Q13 : Macam mana nak kuatkuasakan harta sepencarian selepas kematian? A : Harta sepencarian boleh dituntut di Mahkamah Syariah oleh pasangan yang kematian pasangannya seperti isteri tuntut harta sepencarian daripada harta arwah suami. Caranya, isteri memohon di mahkamah syariah untuk mengisytiharkan harta-harta tertentu milik arwah suami sebagai harta sepencarian. Setelahmahkamah syariah menimbang dan memutuskan harta yang dipohon sebagai harta sepencarian, maka perintah tersebut perlu dikemukakan ke pejabat unit pusaka kecil, JKPTG untuk dibahagikan kepada isteri. Maklumat lanjut sila klik link ini: https://hanaffi.com/soalan-lazim-hart... atau Jika ada soalan boleh hubungi saya atau join group telegram untuk maklumat lanjut. Klik link dibawah. https://hanaffi.com/telegram

Comments