У нас вы можете посмотреть бесплатно Ustaz Syed Faiz Al-Idrus @ PU Faiz-Menjawab Syubhat Maulana Fakhrurazi (Amrun I’tibari) или скачать в максимальном доступном качестве, которое было загружено на ютуб. Для скачивания выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru
Baca tulisan penuh Link Asal Posting :- https://www.facebook.com/100000610413... _Menjawab Syubhat Maulana Fakhrurazi yang menggunakan Qaedah Muktazilah & Terkeliru Maksud Amrun Iktibari_ Maulana Fakhrurazi didalam video ini sekurang-kurangnya ada 2 Syubhat yang dibuat oleh Maulana : ١-Pertama ialah Maulana berhujjah dengan logik Muktazilah . Berkata oleh Muktazilah : أنه تعالى لو كان يرى لكان مقابلا للرائي ضرورة،فيكون في جهة وحيز، ويلزم اتصال الأشعة من الباصرة بالمرئي، والمسافة بين الرائي والمرئي بحيث لا يكون بعيدا جدا، ولا قريبا جدا، ولكان المرئي إما جوهرا وإما عرضا، ولكان المرئي إما كله فيلزم التناهى والحصر، وإما بعضه فيلزم التبعيض والتجزؤ، واللوازم كلها محالة فالملروم مثلها. Sesungguhnya Allah Taala itu jikalau adalah Ia (Allah) itu dapat dilihat nescaya adalah Ia (Allah) itu berhadapan bagi orang yang melihat secara doruri (faham secara mudah tidak berhajat kepada nazhor pada dalil) , maka adalah Allah itu berada pada pihak/jihat dan bertempat, dan lazimlah (mestilah) oleh berhubung dengan sinaran cahaya daripada penglihatan dengan benda yang dilihat, dan jarak di antara orang yang melihat dan benda yang dilihat dengan sekira-kira tidak adalah ia jauh yang bersangatan, dan tidaklah dekat yang bersangatan, dan nescayalah adalah benda yang dilihat itu samaada jauhar ataupun aradh, dan nescaya adalah benda yang dilihat itu samaada keseluruhannya maka melazimkan oleh penghujung dan sakatan, dan samaada hanya sebahagiannya maka melazimkan oleh pembahagian dan potongan, dan segala kelaziman-kelaziman itu semuanya mustahil maka benda yang dilazimkan itu sepertinya (yakni mustahil juga dapat melihat Allah). Ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah Asya’irah & Maturidiyyah menjawab : وحاصل الجواب ما أشرنا له سابقا من أن الروية عبارة عن نوع من الإدراك يخلقه الله متى شاء،ولأي شئ شاء، فى أي محل شاء، فلا يلزم ما ذكر، وقياس الغائب على الشاهد فاسد، فكما أن العلم إدراك، وهم يعلمونه لا فى مكان ولا جهة ولا محدودا ولا محصورا، فكذا الرؤية نوع من أنواع الإدراك، فيدركونه كذلك، ومع ذلك هو انكشاف تام كما نص عليه النبي (صلى الله عليه وسلم) فى كثير من الأحاديث.. Kesimpulan daripada jawapan yang kami telah mengisyaratkan baginya yang lalu daripada bahawasanya melihat itu merupakan satu ibarat daripada satu bagai daripada nampak yang menciptalah akan ia oleh Allah pada bila-bila Masa yang Dia kehendak, dan bagi apa-apa sesuatu yang Dia kehendak, pada mana-mana tempat Dia kehendak, maka tidak lazimlah oleh perkara yang telah disebut, dan qiyas bagi perkara yang ghaib keatas makhluq yang dapat disaksikan itu ialah Qias yang rosak, maka sebagaimana perkara bahawasanya pengetahuan itu ialah mendapat/nampak , dan mereka itu mengetahui akan Allah tidak pada satu tempat, tidak pada satu pihak, tidak ada had dan tidak ia disakatkan, maka seperti inilah melihat itu merupakan satu bagai daripada bagai-bagai nampak , maka mereka itu nampak akan Allah seperti yang demikian itu (tidak bertempat dan tidak berpihak dan tidak berjarak dan tidak berhubung dengan cahaya dan sebagainya daripada segala perkara yang disyaratkan pada adat pada melihat makhluq) , dan serta yang demikian itu ialah nyata yang sempurna sepertimana dalil yang telah menaskan keatasnya oleh Nabi ﷺ di dalam banyak daripada hadith-hadith baginda. ٢-Kedua ialah Maulana tidak menerangkan dengan benar masalah bertempat ialah Amrun Iktibari . Hamba tahu Maulana akan gunakan hujjah Imam Alusi yang membenarkan mengatakan Allah punya jihat kerana jihat itu ialah Amrun I’tibari . Namun pendapat tersebut tersangat lemah disisi Jumhur Ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah . Amrun i’tibari sebenarnya ada ٢ jenis :- ١- satunya ialah أمر اعتباري انتزاعي ٢- keduanya ialah وأمور اعتبارية اختراعية Apa itu أمر اعتباري اختراعي ? أمر اعتباري اختراعي ialah Perkara yang dikira-kira sungguh hanya pada aqal sahaja dan langsung tidak wujud pada kharij (diluar aqal) contoh seperti gajah berkepala sejuta . Maka inilah Amrun i’tibari yang benar-benar tidak wujud langsung pada mata kepala . Adapun أمر اعتباري انتزاعي ialah Perkara yang dikira-kira sungguh pada aqal tetapi di intiza’ yakni diambil faham pada diri yang wujudi ada diluar kepala . Contohnya seperti tempat , walaupun tempat itu i’tibari namun tempat itu adalah difaham dengan jalan intiza`i dengan makna iktibar sungguh pada akal itu ialah hasil yang terbit daripada pengamatan pada kharij (diluar aqal) iaitu keadaan satu jisim menempati akan jisim yang lain, maka hasillah faham akan diri tempat dan arah itu . Maka apabila kita menyabitkan Allah bertempat melazimi daripadanya Allah itu berjisim, dan Allah berjisim itu adalah mustahil, Apabila nyata mustahilnya Allah berjisim, Maka mustahil jugalah Allah bertempat. Tidak boleh mengatakan Allah bertempat kerana ia melazimkan kita mengisbatkan Allah ialah sesuatu yang berjisim .