Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб RESEPI Ayam Masak Merah Teramat Sedap | Rasa Macam Kat Kenduri Kahwin в хорошем качестве

RESEPI Ayam Masak Merah Teramat Sedap | Rasa Macam Kat Kenduri Kahwin 3 года назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



RESEPI Ayam Masak Merah Teramat Sedap | Rasa Macam Kat Kenduri Kahwin

Hai semua, apa khabar? Ayam Masak Merah... Semua mesti pernah makan kan, namun yang paling disukai mestilah Ayam Masak Merah masa kenduri kan, dari jauh dah boleh bau AROMAnya yang wangi, dari bau dah tahu mesti sedap, tapi bila kita masak kat rumah tak rasa, tak bau macam tu pulak kan? Haa ajom cuba resepi Dayang bagi kali ni, tak rugi mencuba! Resepi ni Dayang dapat dan belajar masa aktiviti merewang (gotong royong) semasa kenduri kahwin dulu-dulu la sebelum covid melanda, Dayang ada bertanyakan tukang masak beberapa rumah kenduri, dan diaorang tak lokek bagitahu bahan apa yang digunakan... balik tu Dayang cuba masak kat rumah, dan terus menjadi kegemaran keluarga, kawan-kawan dan siapa saja yang makan mesti memuji rasa sama macam kat kenduri kahwin😁. Dayang juga selalu diminta untuk masakkan Ayam Masak Merah ni untuk diletak atas meja pengantin, kenduri bertunang, hari raya dan lain-lain majlis. Jadi jom semak bahan yang diperlukan kat bawah dan untuk cara masak boleh tengok video ye, selamat menonton semua. Bahan utama 1 ekor ayam ( di potong 12) 4 sudu teh garam halus 3 sudu teh serbuk kunyit Bahan kisar halus 2 batang serai 2 biji bawang besar 1 inci halia 3 biji buah keras 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Bahan-bahan lain 1 mangkuk cili kisar ( 2 senduk) 1/2 tin susu cair/susu sejat 4 sudu makan sos cili 2 sudu makan sos tomato 2 sudu makan gula pasir 3 sudu teh garam halus Rempah 4 sekawan (3bunga lawang, 6 buah pelaga, 3 bunga cengkih, 1batang kulit kayu manis) 1 biji bawang holand 2 sudu makan tomato puree 2 sudu makan minyak sapi 2 sendok minyak bekas goreng ayam 1 helai daun pandan Daun sup Daun bawang Kacang pis Cili merah (opsyenal) Tips : 1)Untuk aroma dan bau yang harum semerbak, tumis bahan dengan minyak sapi, minyak bekas goreng ayam,dan daun pandan baru ada "kick". 2) Masak dengan api paling kecil semasa menumis cili supaya hilang bau pijar cili dan tak sakit perut bila makan. 3) Goreng ayam 3/4 masak baru ayam tak keras macam gigit ranting kayu, takut bila goreng garing sangat tercabut gigi palsu acik maznah nanti😂. Selamat Mencuba semua kesayangan Dayang Suri. Tefal cookware- https://invol.co/cl56x21 Portable gas stove- https://invol.co/cl56xrn _____________________________________________ 📧: daayangsuri@gmail. com

Comments