У нас вы можете посмотреть бесплатно TRIP PULAU REDANG | TERENGGANU | MALAYSIA | ROAD DEPARTMENT | PUBLIC WORKS DEPARTMENT или скачать в максимальном доступном качестве, которое было загружено на ютуб. Для скачивания выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru
Trip kalini percutian 4 hari 3 malam di Pulau Redang yang sungguh-sungguh memikat dan kami sangat teruja untuk berkongsi pengalaman menakjubkan ini dengan hampa semua. Dalam tempoh yang singkat ini, kami telah diperkenalkan kepada keindahan eksotik pulau ini. Pengalaman makan makanan celup tepung di pesisir pantai Penarik sangat luar biasa. Makanan laut segar dan sajian tempatan yang lazat dan padu! yang penting murah.... Makan dengan matahari terbenam dan bunyi ombak yang merdu adalah pengalaman yang "healing" untuk perasaan. kami mengunjungi Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang menjadi tempat kunjungan orang ramai. Keanggunan jambatan ini yang terhampar di atas air adalah pemandangan yang begitu mempesona sehingga hampir tidak dapat dipercayai. Tentu saja, kami juga ingin memberikan pujian tertinggi kepada Redang Pelangi Resort yang telah membuat percutian kami lebih istimewa. Staf mereka adalah tuan rumah terbaik yang mementingkan keselesaan dan kebahagiaan kami. Mereka tidak hanya memberikan layanan yang luar biasa, tetapi juga menambahkan sentuhan personal yang membuatkan kami merasa istimewa. Dari segi penyediaan makanan, tidak hirau dan tidak ada rasa lapar langsung semasa berada di resort. Dengan penuh harapan, kami mengimpikan untuk kembali lagi ke Pulau Redang pada suatu masa nanti, untuk menghidupkan kembali kenangan indah ini. Inilah percutian yang telah memikat hati dan jiwa kami, dan kami berharap anda juga dapat mengalami keajaiban Pulau Redang yang menggoda ini. Terima kasih, Pulau Redang! Terima kasih Bahagian Jalan!"